Wednesday, July 15, 2009

Moh Lah Weh ke Sungai Tekam Getah...Jom


Ha....ni lah rombongan ke Program Kembara Moh Lah weh ke Sg. Tekam Getah...kami ramai2 bertolak dengan bas (Baru lagi!!!!) pada pukul 10.00 pagi...perjalanan yang makan masa lebih kurang 3 jam sunggoh menyeronokkan.....



Aktiviti di pagi hari ke2. Poco2 bersama pendudok setempat...tapi...macam tu ke poco2....macam nak ajak bertumbok je....


Ek E..leh...entah apa2....menentang arus la pulak....macam perasan sendiri je....tak pe lah...yang penting poco2 tu...walaupun lintang pukang tapi berpeluh lah jugak....best gitu...


Ibarat kata pepatah....dimana ada semut disitulah ada gula......kalau boleh nak kembali ke zaman itu.....Alamak!!!... tak sedar diri la pulak...usia dah hampir setengah abad...semoga anak2 hari ini membesar dalam suasana terdidik.....AMIN.


Anatara aktiviti yang mendapat sambutan setiap kali Program kembara Moh Lah Weh ialah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak pra sekolah. Ini lah Pemenangnya nya.....tengok lukisannya....dan hadiah yang diterima.....


Cuba cari dimaaana saya.....Selama 3 hari 2 malam kami berada di Sg. Tekam Getah , dan bermacam2 aktiviti diadakan. Para pengunjung tak kering gusi...keseronokan tergambar diwajah masing2...tanda sokongan padu diberikan.......


Tergambar kegembiraan diwajah YB Dato' Mohd. Shukri Haji Ismail ADUN Pulau Tawar ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang warga emas. Sepanjang program Moh Lah Weh berlangsung YB Dato' sentiasa menjengok dan bertanya khabar penduduk setempat. Inilah gambaran kerjasama dan kepimpinan yang di buktikan...Terima kasih daun keladi YB...ada masa jemputlah lah kami lagi.......


Di hari terakhir....disaat2 kepulangan kami....(Sedih jugak) sempat juga bergambar dengan sebahagian AJK setempat yang bersusah payah siang dan malam mengatur program dan menu untuk kami. Masakan kampung yang dihidangkan...wow....Terima kasih banyak2 untuk seluruh penduduk Kg. Sungai Tekam Getah kerana menerima dan melayan kami. Terima kasih juga kepada sahabat Radio Malaysia Pahangfm yang jauh dan dekat, yang baru dan lama kerana sudi bertemu kami selama Program MOH LAH WEH berlangsung...panjang umur jumpa lagi.....

1 comment:

  1. best la dpt jupe k.zie kt tekam hr tu,1st time face to face tau,comey la...bila nk update blog ni k.zie?

    ReplyDelete