Monday, July 13, 2009

Cameron Highlands

Kenangan DiTanah Tinggi Cameron Highlands semasa Program Pelancaran Pekej Pelancongan Orang Asli di Kg. Sungai Ruil. Selama 3 hari berada kat sana bermula 23 hingga 25 Jun 2009.....Program di Rasmikan oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang...Moh lah kita tengok post2 istimewa semasa di Cameron Highlands...mungkin satu masa boleh kesana untuk cuti-cuti malaysia bersama keluarga....Best nya.....

Buah Strawberry segar...kalau salut coklat lagi best tau..

Ada seorang puteri di tengah2 kesegaran bunga.....emm..chak...

Sempat jugak petik daun teh...tapi mana bakul nya....tak pe lah....dalam beg besar ni pun boleh jugak.......

Bersama Micheal...wau gayanya boleh tahan...dapat juga i dan Fatonah pakai topi...tapi jangan suruh i bergaya dengan pakaiannya sudah.....Oppss terlebih sudah.....Micheal ni peramah tau....

Ooo...segar...nyaman...dimanapun dapat kita saksikan dan menikmati keindahan ciptaan tuhan....Di tepi Air Terjun bersama wartawan dari Kuala Lumpur dan Tourism Malaysia...

Kak Zie sempat merakamkan kenangan bersama anak-anak masyarakat orang asli (Orang kita) di Kampung Sungai Ruil Cameron Highlands.

KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan KDYTM Tengku Puan Pahang semasa majlis perasmian pelancaran Produk Orang Asli (Orang kita) di Kg. Sungai Ruil...disambut meriah oleh masyarakat orang asli dari seluruh negeri Pahang....

Hotel De La Fern....disinilah saya bersama Fatonah (Unit TV) menginap selama 3 hari 2 malam...wow....cantik sangat....setiap hari kami dihidangkan dengan buah2an segar, strawberry bersalut coklat dan gubahan bunga2 segar disetiap sudut bilik....Kami bertolak pulang pada 25 Jun 2009 pukul 6.00 petang dan sampai di Kuantan pukul 3.00 pagi. Penat tapi sungguh menyeronokkan.

No comments:

Post a Comment