Tuesday, June 16, 2009

Nama serupa Orangnya tak sama (Aduhai Azizah!)

Jangan terpedaya tau!!! Nama nya Azizah jugak..Cuma yang berbeza saya ada WAN. Tu je.......Warna kulit bapok jauh bezanya...macam tahi cicak...he he he.
Opss...sowi...
Pada 16/6/09 pukul 8.30 pagi saya dan sharul ke Dataran Canseleri UMP sempene Majlis Pelancaran Buku "HAKNUK" bermakna "KASIH" oleh KDYTM Tengku Puan Pahang, Tungku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj (Nama Penoh)
Dalam suara serak2 sengau terkena virus selsema...(bukan H1N1 tau...) terpaksalah jugak melapurkan acara yang berlangsung bersama nik kanisah di konti..Lapuran memakan masa lebih kurang tiga minit menyentuh tentang buku HAKNUK iaitu sebuah buku cofee table yang julung2 kalinya terbitan UMP. Buku yang berharga lebih RM 100 ini merakamkan perjalanan dan pengalaman sekumpulan pegawai dan pelajar UMP ketika menjalankan aktiviti projek Semaian Kasih di Kampung Kuala Boh, C/Highlands pada 17 dan 19 Oktober 2008. Beralih keberita seterusnya....... Cuba Tengok baju Tengku Puan...Perhatikan betul2 Bapok lawanya... kain tenun pahang katakan....ada jugak dijual sempena Karnival Usahanita di Dataran Canseleri tu...Usha punya usha...lah..rasa tak setaraf la pulak...dgn kepingan dalam dompet ni....tapi jauh disudut hati tetap mengagumi kehalusan tenunan seni warisan. walaupun tak upaya untuk memiliki tapi terasa puas untuk ditatapi......hek..hek...hek...(la...sedihlah pulak.....)

1 comment: