Thursday, July 16, 2009

Dear..dear...Oh Deerland.

Satu lagi pilihan percutian sekeluarga yang menarik. Deerland di Lancang. Tengok tu.....di tarik2 nya baju kita...bukannya lapar sangat...tapi manja je lebih...


Alahai...inilah istimewanya deerland....semua binatang kat sini boleh di sentuh , di beri makan. Anak2 rusa ni sedang menikmati keledek yang telah di potong panjang2....jom...kita ke post yang lain pulak.....

Errr...Ergg..Aksi ni betul2 mencabar diri sendiri...tak pernah bercita2 pun nak pegang ular sawa ni...takut....geli.... (Tak bisa pun sebenarnya) tapi kalau tak ambil peluang di deerland ni di mana lagi....lagi pun dia jinak sangat....

Saje je nak 'cover' muka tu!!! ye ke Wan Azizah punya keje ni....lepas pegang si sawa yang manja ni...punyalah rasa kelam kabut satu badan tau...kejap2 basuh tangan..rasa ngilu, terkesan dengan gerak2 otot badannya...aaaah...datanglah ke deerland.....

Arnab yang comel...ramai pengunjung yang datang mengambil peluang untuk bergambar dengan si arnab ni.... Muda...itu nama yang diberi...Beruang yang besar sikit berbanding dengan badan saya (Alamak besar nya aku....) juga boleh di pegang, di peluk, di beri makan...Si Muda ni suka sangat jilat susu dan madu!!! tapi dia tak tahu bermadu......

Buah hati yang bernama Lezley berusia 6 tahun dari South Afrika, datang bersama keluarga nya...peramah..jumpa je senyum...jumpa je senyum...membuatkan aku terpanggil untuk bergambar dengannya. Deerland.....juga tempat pilihan pelancong dari luar negara.

Wednesday, July 15, 2009

Moh Lah Weh ke Sungai Tekam Getah...Jom


Ha....ni lah rombongan ke Program Kembara Moh Lah weh ke Sg. Tekam Getah...kami ramai2 bertolak dengan bas (Baru lagi!!!!) pada pukul 10.00 pagi...perjalanan yang makan masa lebih kurang 3 jam sunggoh menyeronokkan.....



Aktiviti di pagi hari ke2. Poco2 bersama pendudok setempat...tapi...macam tu ke poco2....macam nak ajak bertumbok je....


Ek E..leh...entah apa2....menentang arus la pulak....macam perasan sendiri je....tak pe lah...yang penting poco2 tu...walaupun lintang pukang tapi berpeluh lah jugak....best gitu...


Ibarat kata pepatah....dimana ada semut disitulah ada gula......kalau boleh nak kembali ke zaman itu.....Alamak!!!... tak sedar diri la pulak...usia dah hampir setengah abad...semoga anak2 hari ini membesar dalam suasana terdidik.....AMIN.


Anatara aktiviti yang mendapat sambutan setiap kali Program kembara Moh Lah Weh ialah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak pra sekolah. Ini lah Pemenangnya nya.....tengok lukisannya....dan hadiah yang diterima.....


Cuba cari dimaaana saya.....Selama 3 hari 2 malam kami berada di Sg. Tekam Getah , dan bermacam2 aktiviti diadakan. Para pengunjung tak kering gusi...keseronokan tergambar diwajah masing2...tanda sokongan padu diberikan.......


Tergambar kegembiraan diwajah YB Dato' Mohd. Shukri Haji Ismail ADUN Pulau Tawar ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang warga emas. Sepanjang program Moh Lah Weh berlangsung YB Dato' sentiasa menjengok dan bertanya khabar penduduk setempat. Inilah gambaran kerjasama dan kepimpinan yang di buktikan...Terima kasih daun keladi YB...ada masa jemputlah lah kami lagi.......


Di hari terakhir....disaat2 kepulangan kami....(Sedih jugak) sempat juga bergambar dengan sebahagian AJK setempat yang bersusah payah siang dan malam mengatur program dan menu untuk kami. Masakan kampung yang dihidangkan...wow....Terima kasih banyak2 untuk seluruh penduduk Kg. Sungai Tekam Getah kerana menerima dan melayan kami. Terima kasih juga kepada sahabat Radio Malaysia Pahangfm yang jauh dan dekat, yang baru dan lama kerana sudi bertemu kami selama Program MOH LAH WEH berlangsung...panjang umur jumpa lagi.....

Monday, July 13, 2009

Cameron Highlands

Kenangan DiTanah Tinggi Cameron Highlands semasa Program Pelancaran Pekej Pelancongan Orang Asli di Kg. Sungai Ruil. Selama 3 hari berada kat sana bermula 23 hingga 25 Jun 2009.....Program di Rasmikan oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang...Moh lah kita tengok post2 istimewa semasa di Cameron Highlands...mungkin satu masa boleh kesana untuk cuti-cuti malaysia bersama keluarga....Best nya.....

Buah Strawberry segar...kalau salut coklat lagi best tau..

Ada seorang puteri di tengah2 kesegaran bunga.....emm..chak...

Sempat jugak petik daun teh...tapi mana bakul nya....tak pe lah....dalam beg besar ni pun boleh jugak.......

Bersama Micheal...wau gayanya boleh tahan...dapat juga i dan Fatonah pakai topi...tapi jangan suruh i bergaya dengan pakaiannya sudah.....Oppss terlebih sudah.....Micheal ni peramah tau....

Ooo...segar...nyaman...dimanapun dapat kita saksikan dan menikmati keindahan ciptaan tuhan....Di tepi Air Terjun bersama wartawan dari Kuala Lumpur dan Tourism Malaysia...

Kak Zie sempat merakamkan kenangan bersama anak-anak masyarakat orang asli (Orang kita) di Kampung Sungai Ruil Cameron Highlands.

KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan KDYTM Tengku Puan Pahang semasa majlis perasmian pelancaran Produk Orang Asli (Orang kita) di Kg. Sungai Ruil...disambut meriah oleh masyarakat orang asli dari seluruh negeri Pahang....

Hotel De La Fern....disinilah saya bersama Fatonah (Unit TV) menginap selama 3 hari 2 malam...wow....cantik sangat....setiap hari kami dihidangkan dengan buah2an segar, strawberry bersalut coklat dan gubahan bunga2 segar disetiap sudut bilik....Kami bertolak pulang pada 25 Jun 2009 pukul 6.00 petang dan sampai di Kuantan pukul 3.00 pagi. Penat tapi sungguh menyeronokkan.

Tuesday, June 16, 2009

Nama serupa Orangnya tak sama (Aduhai Azizah!)

Jangan terpedaya tau!!! Nama nya Azizah jugak..Cuma yang berbeza saya ada WAN. Tu je.......Warna kulit bapok jauh bezanya...macam tahi cicak...he he he.
Opss...sowi...
Pada 16/6/09 pukul 8.30 pagi saya dan sharul ke Dataran Canseleri UMP sempene Majlis Pelancaran Buku "HAKNUK" bermakna "KASIH" oleh KDYTM Tengku Puan Pahang, Tungku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj (Nama Penoh)
Dalam suara serak2 sengau terkena virus selsema...(bukan H1N1 tau...) terpaksalah jugak melapurkan acara yang berlangsung bersama nik kanisah di konti..Lapuran memakan masa lebih kurang tiga minit menyentuh tentang buku HAKNUK iaitu sebuah buku cofee table yang julung2 kalinya terbitan UMP. Buku yang berharga lebih RM 100 ini merakamkan perjalanan dan pengalaman sekumpulan pegawai dan pelajar UMP ketika menjalankan aktiviti projek Semaian Kasih di Kampung Kuala Boh, C/Highlands pada 17 dan 19 Oktober 2008. Beralih keberita seterusnya....... Cuba Tengok baju Tengku Puan...Perhatikan betul2 Bapok lawanya... kain tenun pahang katakan....ada jugak dijual sempena Karnival Usahanita di Dataran Canseleri tu...Usha punya usha...lah..rasa tak setaraf la pulak...dgn kepingan dalam dompet ni....tapi jauh disudut hati tetap mengagumi kehalusan tenunan seni warisan. walaupun tak upaya untuk memiliki tapi terasa puas untuk ditatapi......hek..hek...hek...(la...sedihlah pulak.....)

Bengkel Seni Lakun Drama Radio



















Opss...jangan pandang yang tengah tu!!! menakutkan...rasa dah control tapi tembam semacam jgk. Tak pe lah...tinggalkan cerita sitembam tu...

Pada 13 dan 14/6/09 kami dgn rakan2 bersama dalam bengkel senilakun drama radio bersama dengan Dato' Aziz Singah dan Hajjah Norela Samad. Kedua2 mereka begitu banyak pengalaman dalam bidang lakunan. Orang pahang kata Bapok....bermaknenya bengkel ni...rugi sape yang tak datang. Pada 14/6 ada sesi latihan dan rakaman Drama. La....penerbit Drama Kak Roi tu....dia bagi juga watak nangis...emmm ape lagi nangislah si tembam tu....semasa penilaian Dato' Aziz dan Kak Hajjah kata menangis sampai tak berbutir lakunan i tau...tak menjadi rupa2nya....tapi is ok...teguran yang diberikan terlalu bermakna untuk i meneruskan lakunan selagi hayat masih ada...Entah ngape....i minat sangat berlakun....(Aisyatul Nawar)

Thursday, May 14, 2009

Tangkap Lentok

Hai Kak Wan ni...camne dgn program Tangkap Lentok setiap malam Isnin..ada nak komen apa2 ke?